PROGRAM JALINAN KASIH

Program Jalinan Kasih merupakan program khidmat bakti masyarakat anjuran pelajar-pelajar PLKUUMJB. Program yang telah diadakan pada 22 Jun 2009 bertempat di Taman Sinar Harapan Jubli Johor Bahru dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini adalah program ke-2 selepas program khidmat bakti masyarakat di Pengerang, Johor. Selamat melayari blog ini. Semoga dengannya dapat menyedarkan kita tentang kehadiran insan-insan teristimewa ini dan menyemai rasa kasih dan sayang kepada mereka.
Webfetti.com

Friday, July 10, 2009

ACARA SUKANEKA


Acara ini yang paling diminati oleh pelatih-pelatih Taman Sinar Harapan Jubli. Masing-masing berlumba-lumba nak ambil bahagian sehingga guru-guru mereka yang dipanggil 'mak' terpaksa menyekat dan menghadkan penglibatan pelatih. Tapi memang seronok tengok mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menang. Bukan hadiah yang jadi tumpuan mereka tapi mereka mahukan belaian dan kasih sayang dari kami. Sokongan untuk mereka menjadikan mereka hidup dan gembira buat seketika.

No comments:

Post a Comment

Pengunjung