PROGRAM JALINAN KASIH
Program Jalinan Kasih merupakan program khidmat bakti masyarakat anjuran pelajar-pelajar PLKUUMJB. Program yang telah diadakan pada 22 Jun 2009 bertempat di Taman Sinar Harapan Jubli Johor Bahru dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini adalah program ke-2 selepas program khidmat bakti masyarakat di Pengerang, Johor. Selamat melayari blog ini. Semoga dengannya dapat menyedarkan kita tentang kehadiran insan-insan teristimewa ini dan menyemai rasa kasih dan sayang kepada mereka.
Friday, July 17, 2009
Friday, July 10, 2009
PERSEMBAHAN PESERTA
Semasa majlis penutupan, kami dihidangkan dengan 3 persembahan dari pelatih-pelatih Taman Sinar Harapan iaitu nyanyian solo, tarian solo dan tarian zapin. Hebat mereka ni. Walaupun mereka OKU namun mereka dapat buat persembahan dengan baik sekali. Penonton-penonton tak dapat menahan sebak apabila peserta solo menyanyikan lagu Siti Nurhaliza bertajuk Wajah Kekasih, betul-betul menyentuh kalbu. Pelajar PLKUUMJB juga tak ketinggalan buat persembahan dengan menyanyikan lagu Kau Teristimewa.
JURULATIH KAMI
JAWATANKUASA PROMOSI DAN MULTIMEDIA
JAWATANKUASA MAKANAN DAN MINUMAN
Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyediakan makan untuk kami. Mereka adalah Wani, Adila, Zu dan Redha. Tanpa mereka ni susah juga kami.
JAWATANKUASA PROTOKOL DAN HADIAH
Jawatankuasa ini diangotai oleh Raihan, Kamila, Norazua, Farah, Adawiah, Rohaida dan Fauziah. Mereka ditugaskan menyediakan hadiah kepada pelatih-pelatih setelah mereka bersukan. Itu yang buat mereka disayangi oleh pelatih-pelatih Taman Sinar Harapan tu sebab mereka bawa ole-ole untuk diberikan kepada sema pelatih.
JAWATANKUASA PENAJA
JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERSIAPAN
JAWATANKUASA PROGRAM DAN AKTIVITI
AJK INDUK
ACARA SUKANEKA
ACARA GOTONG-ROYONG
Thursday, July 9, 2009
RENUNG-RENUNGKAN LAH....
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
SEHARI SEBELUM PROGRAM
SENAMAN J-ROBIK
Acara pagi itu dimulakan dengan senaman J-Robik yang diketuai oleh Jurulatih Taman Sinar Harapan Jubli. Kami semua merasa teruja apabila melihat pelatih-pelatih taman itu berj-robik dengan baik sekali. Kami difahamkan pelatih-pelatih ini akan melakukan senaman tersebut pada setiap hari Rabu.... patutlah mereka 'expert'. Malu kami dibuatnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2009
(16)
-
▼
July
(16)
- SENAMAN J-ROBIK
- SEHARI SEBELUM PROGRAM
- RENUNG-RENUNGKAN LAH....
- ACARA GOTONG-ROYONG
- ACARA SUKANEKA
- AJK INDUK
- JAWATANKUASA PROGRAM DAN AKTIVITI
- JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERSIAPAN
- JAWATANKUASA PENAJA
- JAWATANKUASA PROTOKOL DAN HADIAH
- JAWATANKUASA MAKANAN DAN MINUMAN
- JAWATANKUASA PROMOSI DAN MULTIMEDIA
- JURUACARA
- JURULATIH KAMI
- PERSEMBAHAN PESERTA
- BERSATU TEGUH
-
▼
July
(16)


